Video

Sepanjang kerja lapangan dijalankan, para pengkaji berhajat untuk turut serta bersama beberapa orang yang mahir menangkap buaya untuk sama-sama menyaksikan secara langsung bagaimana cara dan teknik mereka menangkap buaya, tetapi disebabkan masa yang suntuk dan waktu yang belum sesuai untuk menangkap buaya ketika itu, tambahan ada segelintir penangkap buaya tersebut gagal untuk dihubungi, jadi para pengkaji menukar rancangan asal iaitu dengan hanya pergi ke sebuah kolam buaya untuk melihat secara langsung beberapa ekor buaya yang telah berjaya ditangkap.

Tiket masuk ke LTS Real Estate's Farm

 Di bawah ini menunjukkan satu video rakaman sendiri yang menayangkan mengenai beberapa ekor buaya yang sudah ditangkap dan ditempatkan di sebuah kolam buaya khas iaitu di LTS Real Estate's Farm, Daerah Tutong. Kolam tersebut dipunyai oleh seorang penternak hidupan liar berbangsa Cina, Awg. Lewis dan rakaman ini dijalankan secara rawak oleh tiga orang pengkaji sendiri pada 20 September 2011, kira-kira pada waktu tengah hari.