Pada 12 Oktober yang lepas, kami bertiga telah berkesempatan menemubual seorang lagi pengalir buaya yang bernama Juli @ Julai bin Timbang yang tinggal di Kg. Mata-Mata. Beliau berasal dari Sundar, Lawas dan berumur 53 tahun, bekas pekerja insuran di Great Eastern.
Juli @ Julai Bin Timbang |
Ketika Sesi Temubual |
Bergambar bersama informan |
PERALATAN YANG DIGUNAKAN
Beliau yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini selama kurang lebih 20 tahun, bermula dengan sering mengikuti ayahnya pergi mengalir buaya semenjak tahun 1980an. Sering menggunakan sejenis alat yang dinamakan 'Tampuling' sebagai alat utama beliau menangkap buaya.
Mata Tampuling |
Tampuling |
Tampuling dan Pelampung |
Tampuling berbentuk seperti lembing cuma bezanya hanya pada batang lembing diperbuat daripada kayu keras yang tahan lama. Beliau menggunakan kayu dari jenis marakas putih sebagai batang tampuling. Batang tampuling tersebut akan ditanggalkan dari matanya jika tidak digunakan. Besi tampuling diperbuat daripada besi parang yang tahan lama dan tali diikat pada batang tampuling sepanjang 30 meter.
Beliau juga menggunakan 'Sangkok', iaitu sejenis mata kail bersaiz besar. Sangkok tersebut dililit bersama tangsi setebal 15 gimbar dengan menggunakan umpan hati buyah.
KAEDAH & CARA MENGALIR
Beliau yang telah lama berpengalaman dalam menangkap buaya menerangkan bahawa sebelum dan semasa menangkap buaya, terdapat beberapa cara, kaedah serta pantang-larang yang mesti diikuti dan dipatuhi, jika tidak segala usaha untuk menangkap buaya akan menjadi sia-sia dan kemungkinan besar akan mengundang bahaya dan kecelakaan. Disamping itu juga pengalir dan orang biasa yang hendak ikut serta hendaklah terdiri dari mereka yang bersemangat tinggi, kuat menempuh cubaan, halangan semasa menangkap dan tidak mudah lemah dan patah semangat.
Sebelum beliau keluar hendak mengalir, antara barang-barang kelengkapan yang wajib ada dibawa ialah lampu picit, parang, rokok, umpan hati buyah, alat menangkap buaya samada tampuling atau sangkok, dan yang utama adalah bekal makanan dan minuman kerana kebiasaannya pekerjaan ini akan bermula dari petang dan berlarutan hingga ke subuh, dan mengambil jarak perjalanan jauh dengan menggunakan perahu enjin. Setelah memastikan segala kelengkapan keperluan mencukupi dan unsur-unsur 'kepunan' sudah dipenuhi, beliau akan memulakan perjalanan ke tempat tujuan dengan beberapa orang lelaki (kebiasaannya tidak boleh kurang dari tiga orang).
Setelah sampai dan diyakini tempat dtuju itu adalah tempat buaya tersebut tinggal, beliau akan mematikan enjin bot dan mula berkayuh perlahan-lahan memasuki kawasan buaya tersebut, sambil besigup-sigup (merokok). Setelah masing-masing bersedia untuk menjalankan tugas menangkap, puntung rokok akan dipadamkan habis sebelum dibuang ke dalam air, lalu mantera akan dibacakan kepada lampu picit, disuluh ke kanan, kiri dan terakhir ke depan. Setelah terjumpa buaya yang dikehendaki, lampu picit tersebut akan dikelip-kelipkan ke arah mata buaya sebagai untuk menarik perhatiannya dan untuk memastikan samada itu adalah buaya nyata atau bukan dengan berpandukan dari refleksi cahaya matanya.
Untuk menangkap dengan menggunakan tampuling, pengalir sudah semestinya akan bergelut dengan buaya tersebut dan ini akan memakan masa yang lama, jadi sebelum buaya itu berjaya dilemahkan, pengalir akan me'nabak' tampuling ke arah mana-mana anggota badan buaya, yang paling utama di tengkok atau di leher, kemudian mengambil dan menyimpan air sungai buaya tersebut ke dalam mulut si pengalir sambil membacakan mantera dan jampi tertentu kemudian disemburkan ke arah buaya tersebut tiga kali. Ini berfungsi sebagai 'ubat bius' buaya tersebut dan buaya tersebut akan lemah tidak bergerak lagi. Setelah itu barulah buaya diangkat naik ke atas perahu. Jika memakai sangkok maka sangkok itu akan dikaitkan ke lelangit buaya itu. Jika pengalir terpaksa membunuh buaya yang berjaya ditangkap itu, maka beliau akan mengerat sehingga putus habis kerongkong buaya tersebut.

Informan bersama buaya hasil penangkapannya |
Buaya yang berjaya ditangkap |
Buaya yang sudah diikat |
Pengalir (tengah) bersama teman-teman |