Jika dilihat dari segala aspek, pekerjaan dan perusahaan untuk membuat alatan mengalir buaya ini betul-betul sudah berada diambang kepupusan dan tidak mustahil pekerjaan dan ilmu masyarakat Melayu ini akan terhapus begitu sahaja suatu hari nanti.
Masyarakat, terutama generasi muda rata-ratanya enggan dan tidak berminat dengan pekerjaan seperti ini kerana selain dari tidak menghasilkan pendapatan yang lumayan, ianya juga merupakan suatu pekerjaan yang berbahaya dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Selain itu terdapat juga beberapa alatan moden dan canggih yang boleh digunakan untuk menangkap buaya yang boleh mengurangkan risiko kecelakaan dan kehilangan nyawa, sebagai contoh menggunakan khidmat bomba yang lengkap dengan peralatan moden yang canggih dan berupaya menjamin keselamatan diri untuk menangkap buaya daripada menggunakan kaedah tradisi yang berbahaya.
Buaya yang berjaya ditangkap oleh anggota bomba |
Justeru, pekerjaan mengalir buaya ini tidak dinafikan memang benar menuju kearah kepupusan dan akan hilang begitu sahaja kerana tidak ada lagi generasi muda yang mahu belajar dan mewarisi kepandaian tersebut. Faktor dan unsur-unsur moden turut menyumbang kearah kepupusan kaedah lama tersebut tambahan ada diantara mereka yang berilmu tersebut enggan untuk menurunkan dan mewariskan ilmu tersebut atas sebab-sebab tertentu.