Kesimpulan

Teknologi mengalir buaya merupakan ilmu dan kepandaian yang diwarisi secara turun temurun dari pengamalnya. Terdapat pelbagai kepercayaan dari pengamal mengenai mengalir buaya sebelum, ketika, selepas mengalir dan penghasilan serta kesan akibat sama ada baik atau buruk yang akan dihadapi itu bergantung kepada sejauh mana pengamalnya bijak memanfaatkan ilmu tersebut.


Walaupun diketahui masih ada terdapat segelintir masyarakat dalam bilangan kecil yang masih mempraktikkan teknologi mengalir tersebut namun seperti yang sudah sedia maklum teknologi tradisi tersebut sudah menuju kearah kepupusan secara menyeluruh kerana tidak ada lagi generasi baru yang mewarisi ilmu dan kepandaian tersebut tambahan pengamalnya sendiri enggan untuk mewariskannya. Sebenarnya terdapat banyak lagi faktor yang menyumbang kearah kepupusan teknologi tersebut dan faktor kemodenan seperti penggunaan alatan moden yang menggantikan alatan tradisi merupakan antara penyebab paling utama kepupusannya. 


Jika diamati dan difikir-fikirkan, dapatlah diyakini bahawa amatlah mustahil teknologi dan ilmu mengalir buaya itu untuk tetap terus utuh bertahan dan dikembangkan secara meluas di era globalisasi yang serba-serbinya mementingkan teknologi moden dalam setiap pekerjaan dan urusan manusia ini.